Cari:
Thailand: Yingluck di Britain
2018-01-10 13:27:01 CRI Cetak

Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai memberitahu media semalam, bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra sedang berada di Britain.

Beliau menyatakan, Britain telah mengesahkan Yingluck di negara itu pada September tahun lalu. Kerajaan Thailand telah membatalkan empat pasport yang dimiliki Yingluck, maka belum diketahui bagaimana Yingluck memasuki Britain.

Beliau menambah, sama ada Yingluck akan diekstradisi ke Thailand masih diteliti.

Party Pheu Thai, yang ada kaitan rapat dengan Yingluck mendedahkan, Yingluck pernah memohon suaka politik kepada kerajaan Britain. Jika diluluskan, Thailand tidak berhak mengekstradisi beliau.

Difahamkan, polis Thailand telah menghubungi polis Britain untuk menyiasat keadaan keluar masuk Yingluck ke negara itu, namun pihak Britain masih belum memberi jawapan setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China