Cari:
Lawatan Delegasi KPM ke CRI
2018-01-10 17:34:24 CRI Cetak

Delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat kunjungan ke Radio Antarabanga China (CRI) petang tadi.

Naib Ketua Pengarang CRI, Ren Qian telah mengadakan pertemuan dengan delegasi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Sri Alias bin Haji Ahmad.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bersama-sama mengimbas kembali dan meneliti hala tuju masa depan kerjasama antara KPM dengan CRI dalam sektor kebudayaan, komunikasi, multimedia dan penerbitan buku.

Selepas pertemuan, majlis pemeteraian perjanjian buku "Kenali Xi'an" terbitan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) dan CRI turut disaksikan oleh kedua-dua pihak.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Haji Abd Khalik bin Sulaiman, dan Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Dato' Goh Hin San.

Pada hari yang sama, delegasi itu juga menunjungi Bahagian Penyiaran Bahasa Melayu CRI dan bertukar-tukar cederamata masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China