Mesyuarat Pegawai Kanan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-6 diadakan di Phnom Penh, ibu negara Kemboja semalam. Beberapa hasil penting yang bakal diluluskan dalam Sidang Pemimpin LMC ke-2 telah dibahaskan dalam mesyuarat tersebut.
Menurut wakil China, Naib Pengarah Jabatan Asia Kementerian Luar China, Huang Xilian, Pelan Tindakan Lima Tahun LMC dan Deklarasi Phnom Penh akan diluluskan sempena sidang pemimpin nanti. Selain itu, pelbagai pihak menanti-nantikan pemimpin negara berkenaan mencapai konsensus baharu tentang prospek perkembangan LMC kelak hingga melonjakkan kerjasama ini ke suatu tahap yang lebih tinggi.
Sidang Pemimpin LMC ke-2 dijadualkan petang hari ini. Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen akan mempengerusikan sidang tersebut. Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, Naib Presiden Myanmar, U Myint Swe, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha, dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc akan menghadiri sidang tersebut.