Pihak polis Singapura berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri minyak dan menahan 17 orang suspek, antaranya 11 orang didakwa semalam.
Sembilan suspek warga Singapura itu adalah kakitangan syarikat Shell Singapura. Mereka disyaki mencuri 4,384 tan minyak yang bernilai SGD2.4 juta (RM7.2 juta) dengan tiga kali dalam tempoh 7 minggu. Dua orang suspek warga Vietnam tersebut didakwa menerima minyak itu.
Pihak polis Singapura menerima laporan syarikat Shell pada bulan Ogos tahun lalu. Dalam operasi serbuan pada 7 Januari lalu, polis berjaya merampas SGD3.05 juta wang tunai dan sebuah kapal minyak seberat 12 ribu tan.
Pihak pendakwa berkata, siasatan kes ini masih terus dijalankan.