Cari:
Artikel Li Keqiang Disiarkan pada Media Perdana Kemboja
2018-01-10 17:22:29 CRI Cetak

Sempena mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja dan menghadiri Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-2, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengarang artikel yang bertajuk "Membina Jambatan dan Jalan Untuk Kerjasama Lancang-Mekong dan Persahabantan China-Kemboja". Artikel beliau telah disiarkan melalui media perdana Kemboja dalam bahasa Kemboja, Inggeris dan Mandarin, iaitu Rasmey Kampuchea, the Khmer Times, dan Jian Hua Daily semalam.

Menurut artikel ini, 45 projek hasilan awal yang ditentukan sempena Sidang Pemimpin LMC kali pertama pada tahun 2016 sedang dijalankan dengan lancar. Pinjaman khas kerjasama kapasiti pengeluarkan sebanyak USD5 bilion (RM20 bilion) telah diberikan. Kini, LMC sudah menjadi satu mekanisme kerjasama subkawasan yang berpotensi besar dan dinamik.

Li Keqiang dalam artikel itu menyatakan, "saya menanti-nantikan rundingan dan komunikasi dengan pelbagai pihak tentang rancangan pada masa depan, agar mencapai persetujuan dalam bidang tali air, pendidikan, kebudayaan, belia dan sebagainya.

Kata Li, lawatan rasmi presiden Xi Jinping ke Kemboja pada tahun 2016 berjaya mempertingkatkan hubungan rakan strategik komprehensif China-Kemboja. "Saya yakin lawatan saya kali ini pasti akan merapatkan lagi persahabatan kedua-dua negara."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China