Cari:
Sidang Pemimpin LMC ke-2 Lulus Deklarasi Phnom Penh
2018-01-11 10:40:55 CRI Cetak

Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-2 diadakan di Phnom Penh semalam. Sidang yang bertemakan "sungai kita yang damai dan membangun berterusan" ini meluluskan Deklarasi Phnom Penh yang menggariskan hala tuju pembangunan LMC bagi sepuluh tahun akan datang.

Menurut deklarasi itu, LMC telah menjadi mekanisme kerjasama serantau yang kian sempurna sejak ditubuhkan dua tahun dahulu. LMC memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan sosioekonomi serantau, menambahbaik kesejahteraan rakyat, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan, menyokong pembinaan Komuniti ASEAN, menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan, dan melaksanakan agenda pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030.

Pemimpin-pemimpin yang turut hadir sidang ini berpuas hati terhadap hasil pelaksanaan 45 projek dalam senarai Program Tuaian Awal (EHP) yang dikemukakan sempena sidang pemimpin LMC pertama, dan 13 inisiatif anjuran China dalam sidang menteri luar LMC ke-2. Para pemimpin juga menyanjung tinggi Tabung Khas LMC anjuran China dan usaha China dalam menggalakan interaksi dan kerjasama antara negara-negara terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China