Cari:
Semangat LMC: Sama Rata, Terbuka dan Pragmatik
2018-01-11 14:13:14 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menghadiri Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) Kedua di Phnom Penh, Kemboja semalam telah menjelaskan semangkat LMC.

Menurutnya, LMC ialah kerjasama yang sama rata dan saling menguntungkan. Walaupun keenam-enam negara terlibat LMC mempunyai perbezaan dari segi kekuatan negara, skop ekonomi, dan tradisi budaya, namun kita anggota yang sama rata. Kita berusaha menggalakkan LMC melalui permuafakatan dan mengambil kira kepentingan masing-masing.

Li berkata, LMC ialah kerjasama yang terbuka dan inklusif. Walaupun mekanisme kerjasama ini terdiri daripada enam negara, negara-negara lain juga dialu-alukan terlibat. LMC saling melengkapi dengan mekanisme yang lain di rantau ini, dan juga boleh membantu ASEAN dalam proses integrasinya.

LMC ialah kerjasama yang pragmatik. Sebanyak 45 projek dalam senarai Program Tuaian Awal (EHP) yang dikemukakan sempena sidang pemimpin LMC pertama telah membuah hasil cemerlang. Tabung Khas LMC anjuran China akan memberikan sokongan kepada 132 projek yang dikemukakan oleh enam negara berkenaan. Dalam pada itu, sekretariat enam negara, enam kumpulan kerja melibatkan kesalinghubungan dan sebagainya, serta pusat kerjasama sumber air telah ditubuhkan.

Tambah beliau, China akan terus menjalankan 100 projek bantuan perubatan di negara-negara terlibat pada tiga tahun akan datang. Pada dua tahun lalu, lebih 12 ribu pelajar dari negara-negara aliran Sungai Mekong memperoleh biasiswa kerajaan China, selain lebih 3,000 pegawai mengikuti latihan jangka pendek di China. China akan memberikan 2,000 peluang latihan jangka pendek atau pendidikan dalam perkhidmatan dan 100 peluang pengajian sarjana muda pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China