Cari:
Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Negara LMC Melonjak ke Tahap Baharu
2018-01-11 16:26:51 CRI Cetak

Sejak mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ditubuhkan dua tahun dahulu, China dan negara-negara berkaitan menggiatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dalam rangka kerjasama "3+5" sehingga ia membuahkan hasil yang cemerlang.

Perdagangan kargo di kawasan Lancang-Mekong berkembangan pesat, telah menjadi tonggak baharu dalam kerjasama China-ASEAN. Jumlah dagangan kargo antara China dengan lima negara aliran Sungai Mekong telah mencecah USD200.9 bilion (RM 801.59 bilion) dalam tempoh Januari hingga November 2017, meningkat 16.1% berbanding dengan tempoh sama tahun 2016. Jumlah ini menempati 43.3% daripada jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN. Eksport China ke lima negara itu berjumlah USD112.94 bilion, menempati 44.8% daripada jumlah eksport China ke ASEAN. Manakala import China dari lima negara itu berjumlah USD8.8 bilion, menempati 41.6% daripada jumlah import China dari ASEAN.

Kini, China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Kemboja, Myanmar, Thailand dan Vietnam, dan kedua terbesar bagi Laos. Di samping itu, Vietnam juga menjadi rakan dagang terbesar bagi China dalam negara-negara ASEAN.

Pelaburan China yang terus meningkat telah menjadi dorongan baharu kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara LMC. Walaupun jumlah pelaburan China ke negara-negara LMC kurang banyak, namun peningkatannya pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kini, China telah menandatangani perjanjian kerjasama kapasiti pengeluaran dalam bidang tenaga, grid tenaga, automobil, metalurgi, bahan binaan, industri sampingan dan sebagainya. China telah menjadi sumber pelaburan langsung asing (FDI)terbesar bagi Kemboja, Laos dan Myanmar pada 2017.

Berikutan pelaksanaan kerjasama pragmatik LMC dan pembinaan inisiatif Jalur dan laluan (B&R), kerjasama antara China dengan negara-negara terlibat LMC dalam infrastruktur, pembinaan zon ekonomi, pertanian, tenaga dan lain-lain telah membuahkan hasil yang cemermang. Sebanyak

Pembinaan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan terus dijalankan, dan ia menjadi platform baharu untuk mempertingkat kerjasama LMC. China dan Vietman menandatangani MoU bagi mempercepat pembinaan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan China-Vietnam pada November 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China