Cari:
Li Keqiang Bertemu Raja Norodom Sihamoni
2018-01-12 10:51:24 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menemui Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di Istana Phnom Penh semalam.

Li berkata, China dan Kemboja bersahabat sejak zaman dahulu kala. Pemimpin terdahulu telah membuat sumbangan yang besar dalam merapatkan persahabatan kedua-dua negara dan ini patut dihargai.

Lawatan Presiden Xi ke Kemboja pada tahun 2016 telah melonjakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke satu tahap yang lebih tinggi. China akan mengambil peluang ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kemboja pada tahun ini, berusaha bersama-sama dengan Kemboja terus mengintensifkan hubungan dua hala.

Raja Sihamoni bertitah bahawa Kemboja dan China mempunyai persahabatan yang bersejarah. Pihaknya menghargai sokongan dan bantuan kerajaan China terhadap pembangunan sosioekonomi negaranya. Lawatan PM Li kali ini membawa makna besar bagi memperkukuh lagi persahabatan dan mempergiat kerjasama kedua-dua negara secara menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China