Cari:
Li Keqiang Akhiri Lawatan ke Kemboja dan Kembali ke Beijing
2018-01-12 13:50:35 CRI Cetak

Selepas menghadiri Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-2 dan lawatan rasmi ke Kemboja, Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Beijing pada malam semalam.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Nanhong, Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo dan pegawai kanan Kemboja mengucapkan selamat jalan kepada Li di lapangan terbang.

Dalam lawatan sehari di Phnom Penh, Li Keqiang telah menghadiri lebih 20 aktiviti bilateral atau multilateral.

Beliau mengemukakan rangka kerjasama "3+5+X" ketika mengahdiri Sidang Pemimpin LMC ke-2.

Li berharap pelbagai pihak agar menyemarakkan semangat LMC iaitu sama rata, inklusif dan pragmatik untuk membina zon pembangunan ekonomi di kawasan aliran sungai Lancang-Mekong, mewujudkan komuniti berkongsi nasib negara LMC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China