Cari:
Ahli Perniagaan China Dinasihati Teliti Rancangan Pembangunan Kemboja
2018-01-13 14:35:16 CRI Cetak

Pihak berkuasa dan ahli perniagaan China seharusnya memahami kandungan Rancangan Pembangunan Industri 2015-2025 Kemboja supaya dapat mencari peluang kerjasama yang lebih tepat dengan negara itu.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning semalam.

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja pada 10 hingga 11 Januari lalu. Kerajaan kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan bersama bagi meningkatkan penyelarasan antara inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dan Rancangan Lima Tahun ke-13 China dengan strategi pembangunan serta Rancangan Pembangunan Industri 2015-2025 Kemboja.

Menurut Xu, matlamat rancangan pembangunan industri Kemboja itu adalah transformasi industri intensif buruh kepada teknologi, dan nisbah industri dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 30% daripada 24.1%. Dalam pada itu, nisbah produk bukan tekstil dalam eksport negara itu meningkat kepada 15%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China