Pusat pemulihan dadah yang dibina dengan bantuan China mula dibina di tempat berdekatan balai polis provinsi Sarangani pada 12 Januari lalu. Ini salah satu projek yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara semasa lawatan rasmi presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China pada tahun 2017. Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan China ke Filipina, Jin Yuan, Timbalan Menteri Kesihatan Filipina, Roger Tong-An, Gabenor provinsi Serangani, Steve Chiongbian Solon dan pegawai-pegawai tempatan menghadiri majlis pecah tanah tersebut.
Roger Tong-An berkataa, Filipina banyak menderita akibat penyalahgunaan dadah. Selain membanteras dadah, kerajaan Filipina juga menghadapi masalah kekurangan kemudahan pemulihan yang berkenaan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada bantuan China.
Selain itu, China juga memberi bantuan kepada Filipina untuk pembangunan semula Marawi, penyelamatan gempa bumi Surigao dan sebagainya pada tahun lalu.
Jin Yuan pula berkata, kerjasama China dan Filipina membuahkan hasil besar pada tahun lalu, di samping itu, hubungan dua hala berkembang baik. China sentiasa sanggup memberikan bantuan kepada jiran dan sahabatnya.
Pusat pemulihan dadah yang dilengkapi 150 katil itu berkeluasan 6750 meter persegi. Ia dijangka akan siap dan dibuka sebelum hujung tahun 2019. Selain itu, kerajaan China akan membina satu lagi pusat pemulihan dadah di provinsi Agusan del Sur Filipina.