Cari:
Lima Warga China Cedera Bot Meletup di Thailand
2018-01-15 10:51:07 CRI Cetak

Lima warga China cedera parah apabila bot laju membawa 31 penumpang meletup berhampiran pulau Phi Phi, selatan Thailand, semalam.

Menurut polis tempatan, kejadian berlaku sewaktu bot King Poseidon yang membawa 27 penumpang warga China itu dalam perjalanan dari pulau peranginan berhampiran Phuket ke pulau Phi Phi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan penumpang cedera termasuk lima warga China yang parah telah dihantar ke hospital.

Konsul Jeneral China ke Songkhla, Zhou Haicheng telah menggerakkan tindakan kecemasan dan meminta siasatan teliti dijalankan.

Menurut laporan media tempatan, King Poseidon turut membawa beberapa warga Thailand. Kebocoran minyak disyaki punca kemalangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China