Cari:
Indonesia Import Beras Vietnam, Thailand
2018-01-15 14:07:04 CRI Cetak

Indonesia akan mengimport 500 ribu tan beras dari Vietnam dan Thailand sebelum hujung bulan ini bagi menstabilkan harga beras dalam pasaran domestik.

Menurut laporan agensi berita Antara News, harga beras yang terus meningkat membebankan rakyat. Harga beras gred sederhana di pasaran sudah melebihi had maksimum yang ditetapkan kerajaan, iaitu 9,450 rupiah (2.80 ringgit) sekilogram.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk mengimport beras dari Vietnam dan Thailand yang harganya lebih rendah.

Penjual digesa supaya tidak menyorok beras bagi mengelakkan harga terus naik. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China