Cari:
Thailand, Singapura Tingkat Kerjasama Keselamatan
2018-01-16 11:07:57 CRI Cetak

Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Thanchaiyan Srisuwan bertemu dengan Ketua Angkatan Pertahanan Singapura, Leftenan Jeneral Perry Lim Cheng Yeow di Bangkok semalam untuk membincangkan kerjasama pragmatik antara tentera kedua-dua negara.

Menurut laporan media tempatan, perkongsian maklumat termasuk maklumat risikan, latihan antikeganasan, respons kecemasan dan keupayaan pegawai tentera, serta kerjasama industri pertahanan akan diutamakan.

Kedua-dua pihak akan memperkasakan kerjasama antara satu sama lain serta sesama negara ASEAN dalam misi rondaan di laut dan udara Selat Melaka bagi mencegah penyusupan masuk pengganas dan membanteras lanun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China