Cari:
Sidang Kemuncak LMC Berhasil
2018-01-16 16:15:09 CRI Cetak

Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) memasuki fasa perkembangan pesat dalam tempoh dua tahun lalu, dengan pembangunan mekanisme, kerjasama pragmatik, sokongan dana dan pemupukan identiti mencapai kemajuan ketara.

Demikian kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia, Kementerian Luar China, Huang Xilian dalam wawancara eksklusif bersama Radio Antarabangsa China semalam.

Beliau yang mengulas sidang kemuncak LMC ke-2 di Phnom Penh, Kemboja minggu lalu, menyifatkan sidang tersebut amat berhasil.

Menurut beliau, negara-negara terlibat telah menubuhkan sekretariat atau jabatan penyelaras peringkat negara, serta pusat kerjasama. Penubuhan sebuah sekretariat antarabangsa turut dibincangkan.

Melihat kemajuan benar program tuaian awal yang dilancarkan semasa sidang kemuncak LMC pertama, sidang kemuncak di Phnom Penh telah mengumumkan 210 program kerjasama baharu.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China