Cari:
Mayon Mula Muntahkan Lahar
2018-01-16 16:16:41 CRI Cetak

Gunung berapi Mayon mula memuntahkan lahar semalam, selepas aktiviti seismos dikesan hujung minggu lalu.

Agensi bencana kebangsaan Filipina semalam mengumumkan bahawa kira-kira 12 ribu penduduk di tiga pekan sekitar gunung itu diarah meninggalkan lingkungan zon bahaya seluas tujuh kilometer.

Kerajaan tempatan turut mengarahkan semua sekolah yang mungkin terjejas ditutup, manakala sebahagian yang di luar lingkungan aliran lahar akan digunakan sebagai pusat penempatan sementara.

Sebelum ini, Institut Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina (PHIVOLCS) telah menaikkan tahap amaran Mayon kepada Tahap Tiga, yang bermakna kecenderungan berlaku letusan membahayakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China