Cari:
Bina Komuniti China-ASEAN Lebih Erat
2018-01-17 13:01:51 CRI Cetak

China dan ASEAN telah memasuki era pembangunan baharu. Hubungan kedua-dua pihak diharap terus meningkat hingga membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih erat.

Dalam wawancara eksklusif dengan Radio Antarabangsa China (CRI) pada 15 Januari lalu, bakal Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian melahirkan harapan agar China dan ASEAN menggunakan peluang sempena ulang tahun ke-15 terjalinnya perkongsian strategik bagi merumus kejayaan lalu dan melonjakkan hubungan ke tahap baharu.

Penetapan Wawasan 2030 perkongsian strategik China-ASEAN juga antara tugas utama Huang dalam penggal perkhidmatannya.

Menurut Huang, wawasan memperlihatkan aspirasi bersama rakyat China dan ASEAN, dan akan membimbing rakyat di 11 negara ke arah sama.

Tahun 2018 telah ditetapkan sebagai Tahun Inovasi China-ASEAN.

Hal ini adalah bagi memenuhi keperluan bersama kedua-dua pihak kerana inovasi penjana penting pembangunan dunia pada masa ini.

China sedang melaksanakan strategi pembangunan dipacu inovasi, begitu juga negara-negara ASEAN.

Beliau berharap siri aktiviti sempena Tahun Inovasi ini membantu China dan ASEAN saling melengkapi dan membangun bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China