Cari:
Bangladesh, Myanmar Setuju Percepat Penghantaran Pulang Rohingya
2018-01-17 13:03:37 CRI Cetak

Bangladesh dan Myanmar mencapai persetujuan untuk menyelesaikan proses penghantaran pulang pelarian Rohingya sebaik-baiknya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Kementerian Luar Bangladesh dalam kenyataan semalam memaklumkan, mesyuarat pertama kumpulan kerja bersama bagi isu penghantaran pulang pelarian Rohingya telah diadakan di Naypyitaw pada 15 hingga 16 Januari lalu.

Menurut pelan penempatan berkenaan, Bangladesh akan membina lima kem transit untuk menempatkan pelarian sebelum mereka dihantar ke kediaman sementara di Hla Pho Khung, Myanmar.

Dalam mesyuarat tersebut, pihak Myanmar telah menegaskan semula komitmen untuk menghalang aliran keluar warganya ke Bangladesh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China