Gergasi e-dagang kedua terbesar China, JD meluaskan kehadiran di pasaran Asia Tenggara dengan pelaburan dalam Tiki, platform e-dagang perniagaan ke pengguna (B2C) utama di Vietnam.
Dengan pelaburan itu, JD akan menjadi salah satu pemegang saham terbesar Tiki.
Kerjasama JD dengan Tiki akan melibatkan pembarangan, perdagangan rentas sempadan, logistik, kewangan, teknologi dan keupayaan operasi.
Tiki merupakan platform B2C yang berkembang pesat di Vietnam, dengan urus niaga meliputi barangan elektronik, fesyen dan buku.
Dengan jaringan jual beli JD, Tiki bukan sahaja mampu membawa masuk lebih banyak jenama global ke pasaran Vietnam, malah membantu jenama tempatan Vietnam diperkenalkan ke pasaran antarabangsa.