Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian projek Rapid Transit System (RTS) Link pada pemukiman pemimpin kelapan di Singapura semalam, disaksikan perdana menteri kedua-dua negara.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui RTS Link antara Johor Bahru dan Singapura sejauh 4 kilometer merupakan satu projek yang kompleks tetapi boleh dilaksanakan.
Beliau yakin cabaran teknikal boleh diatasi dan RTS akan memudahkan pengangkutan antara kedua-dua negara.
RTS Link dijangka mengurangkan masa perjalanan kepada 30 minit berbanding lebih sejam pada masa ini, dengan kapasiti 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila siap pada 2024.