Cari:
Pengalaman China Patut Ditimba
2018-01-17 14:38:12 CRI Cetak

China kini semakin berpengaruh di dunia, khususnya rantau ASEAN. Pengalaman pembangunannya patut ditimba oleh negara-negara ASEAN.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, AKP Mochtan dalam majlis sambutan tahun baharu dihadiri warga ASEAN yang mengikuti program latihan tajaan kerajaan China.

Kata beliau, semakin ramai warga ASEAN ingin mengikuti program latihan seumpama itu, yang dianggap membantu merancakkan interaksi dalam pelbagai bidang dan mencipta masa depan lebih cerah bagi hubungan China-ASEAN.

Kuasa Usaha Sementara Misi Diplomatik China ke ASEAN, Jiang Qin berkata, kerajaan China mengutamakan kerjasama dengan ASEAN dalam usaha memupuk tenaga insan.

Sejak 2015, program latihan tajaan China telah melahirkan sejumlah besar tenaga profesional, termasuk pegawai pertubuhan antarabangsa, pegawai pentadbiran dan anggota kumpulan pemikir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China