Cari:
Mesyuarat 2+2 China-Myanmar ke-3
2018-01-18 11:29:15 CRI Cetak

Pusingan ke-3 mesyuarat peringkat tinggi diplomatik dan pertahanan (2+2) China-Myanmar diadakan di Naypyitaw semalam.

Kedua-dua pihak bersepakat bahawa hubungan China-Myanmar terus berkembang baik. Hasil pertemuan kerap pemimpin kedua-dua negara, banyak persepakatan penting dicapai untuk mengukuhkan kerjasama strategik komprehensif dan memperkasakan hubungan.

Persepakatan itu hendaklah dilaksanakan sepenuhnya bagi melonjakkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap baharu.

Berhubung situasi di utara Myanmar, kedua-dua pihak bersetuju mengekalkan komunikasi dan penyelarasan menggunakan mekanisme rundingan yang sedia wujud melibatkan diplomasi, tentera, keselamatan awam dan kerajaan setempat.

Pihak China menegaskan semula pendirian yang menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar, serta menyokong usaha Myanmar menggalakkan proses damai.

Pihak Myanmar diharap mencapai konsensus politik untuk membawa perpaduan dan autonomi berdasarkan "semangat Panglong".

China bersedia bersama-sama Myanmar mempercepat pembinaan koridor ekonomi dan mendorong pembangunan menyeluruh Myanmar, termasuk di utara.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing mengambil kesempatan mesyuarat ini untuk mengadakan pertemuan secara berasingan dengan delegasi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China