Cari:
Duterte: Arca Hamba Seks Hak Mangsa Bersuara
2018-01-18 12:39:11 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan bahawa pembinaan arca hamba seks semasa Perang Dunia II di Manila adalah hak mangsa yang masih hidup serta keluarga mereka. Perkara ini juga sesuai dengan Perlembagaan dan undang-undang Filipina.

Duterte menyatakan sebagai Presiden, beliau tidak berhak campur tangan atau menghalang, sebagai respons kepada reaksi Menteri Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, Seiko Noda terhadap arca berkenaan semasa lawatannya ke Filipina 9 Januari lalu.

Berhubung kekhuatiran sesetengah pihak bahawa arca itu akan menjejaskan hubungan Filipina dengan Jepun, Duterte menyatakan bahawa hal tersebut bukanlah masalah negara dan patut diselesaikan oleh kerajaan Manila.

Pertubuhan pembela nasib hamba seks, GABRIELA yang mengecam Jepun semalam, menyatakan negara itu perlu menerima sejarah dan meminta maaf secara rasmi jika mahu isu hamba seks dirungkai. Tindakan memberi tekanan kepada kerajaan Filipina tidak membantu membetulkan keadaan.

Jawatankuasa Sejarah Negara Filipina dan kerajaan Manila melancarkan arca hamba seks Perang Dunia II pada 8 Disember lalu. Semasa perang itu, kira-kira 1,000 wanita Filipina dipaksa menjadi hamba seks, 70 daripada mereka masih hidup.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China