Cari:
Duta Baharu China ke Indonesia Serah Watikah Pelantikan
2018-01-18 13:29:54 CRI Cetak

Duta Besar baharu China ke Indonesia, Xiao Qian menyerahkan watikah pelantikan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo semalam.

Xiao menyampaikan salam daripada Presiden Xi Jinping kepada Joko Widodo.

Beliau berikrar berusaha bersama-sama pihak Indonesia melaksanakan persepakatan penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan, kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudaya, sekali gus melonjakkan hubungan China-Indonesia ke tahap baharu.

Presiden Joko Widodo pula menyatakan bahawa Indonesia amat mementingkan hubungan persahabatan dan kerjasama pragmatik dengan China.

Melalui pertemuan kerap dengan Presiden Xi beberapa tahun kebelakangan ini, persepakatan luas telah dicapai untuk memperkasakan hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China