Cari:
Indonesia Pentingkan Hubungan dengan China
2018-01-19 14:09:19 CRI Cetak

Indonesia mementingkan hubungan persahabatan dan kerjasama pragmatik dengan China.

Kedua-dua negara patut mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi bagi membawa kemajuan lebih besar dalam hubungan bilateral.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika menerima watikah pelantikan Xiao Qian, Duta Besar baharu China ke Indonesia kelmarin.

Joko menyatakan bahawa melalui pertemuan kerap dengan Presiden Xi Jinping beberapa tahun kebelakangan ini, persepakatan luas telah dicapai untuk memperkasakan hubungan bilateral.

Xiao pula komited berusaha bersama-sama pihak Indonesia melaksanakan persepakatan penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan, kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudaya, sekali gus melonjakkan hubungan China-Indonesia ke tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China