Cari:
Kerjasama Penyelidikan Saintifik China, Myanmar
2018-01-21 16:08:16 CRI Cetak

Kapal penyelidikan saintifik China, Xiangyanghong 03 tiba di Yangon, Myanmar pada 17 Januari lalu selepas pelayaran selama lebih sebulan sejak bertolak dari Xiamen, provinsi Fujian.

Ahli sains, Qiu Yun berkata, kawasan perairan Myanmar yang berletak di timur laut Lautan Hindi merupakan laluan utama wap air mengalir ke China pada musim panas. Jumlah wap air itu berkaitan dengan sukatan hujan, malah bencana kemarau dan banjir. Oleh itu, penyelidikan tersebut amat bermakna bagi ramalan bencana alam di China.

Penyelidikan saintifik kali ini dijalankan bersama oleh China dan Myanmar di zon ekonomi ekseklusif Myanmar. Hasilnya akan dikongsi kedua-dua pihak.

Xiangyanghong 03 akan meninggalkan Myanmar selepas misi penyelidikan berkenaan selesai pada 21 Januari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China