Cari:
Sektor Pelancongan Guilin Tarik Umat Islam Malaysia
2018-01-22 15:00:16 CRI Cetak

Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Guilin mempromosikan sumber pelancongan bandar itu di Kuala Lumpur bagi menarik kedatangan umat Islam. Ini aktiviti pertama yang diadakan Jawatankuasa tersebut di seberang laut yang menyasarkan pelancong yang beragama Islam.

Ketua Jabatan Pasaran Luar Negara Jawatankuasa tersebut, Tao Gang berkata, jumlah pelancong Malaysia ke Guilin melebihi 200 ribu orang setiap tahun. Malaysia telah menjadi negara sumber pelancong yang penting bagi Guilin. Sejak tahun 2007, pihaknya mula menyempurnakan kemudahan di hotel dan restoran untuk melayani pelancong Muslim, dan sudah berjaya membangunkan kemudahan seumpama itu pada tahap terjamin sekarang ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Inbound Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang sudah banyak kali ke Guilin dalam 10 tahun yang lalu berkata, pelancong Melayu memerlukan makanan halal dan asyik membeli belah. Sekarang, kemudahan yang selaras dengan keperluan itu sudah siap dibangunkan di Guilin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China