Cari:
Seni Silat Kebangsaan Filipina Diperkenalkan di Beijing
2018-01-22 15:12:51 CRI Cetak

Seiring dengan pembaikan hubungan China dengan Filipina, pertukaran sosiobudaya antara satu sama lain turut mendapat peluang perkembangan. Dalam satu aktiviti yang diadakan di Beijing baru-baru ini, seni bermain tongkat pendek yang tersenarai secara rasmi sebagai silat kebangsaan Filipina menarik perhatian penonton China.

Ketua Pengarah Cawangan China Persatuan Silat Filipina, Rhio M. Zablan memaklumkan, silat tongkat pendek merupakan kurikulum latihan bagi anggota polis dan regu tugas khas tentera laut Filipina.

Utusan Khas Kedutaan Besar Filipina di Beijing, Frank Olea berpendapat, jurulatih Filipina yang mengajar silat berpeluang bergaulan dengan orang China, bahkan mengambil tahu sejarah dan budaya negara ini menerusi aktiviti pengajaran, pembelajaran serta pertunjukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China