Syarikat China Eastern Airlines telah membuka laluan penerbangan pergi balik antara Guangzhou ke Cebu, Filipina. Ini laluan penerbangan antarabangsa yang pertama yang diatur bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou pada tahun 2018.
Cebu merupakan bandar kedua terbesar Filipina, sekali gus pusat ekonomi dan pelabuhan strategik bagi negara itu.
Dalam upacara perasmian laluan penerbangan tersebut, Pengurus Besar Pusat Pemasaran Selatan China Eastern Airlines, Zhou Ying menyatakan bahawa laluan berkenaan dipercayai akan membantu mewujudkan jambatan udara bagi kedua-dua pihak dalam bidang pelaburan, perdagangan, pelancongan dan pendidikan. Di samping itu, lebih banyak pakej pelancongan pulau-pulau laut akan disediakan kepada golongan pelancong yang dilihat akan mendorong pertukaran dan kerjasama ekonomi perdagangan China-Filipina serta pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R).