Difahamkan, pembinaan prasarana di seluruh Indonesia memerlukan modal yang bernilai kira-kira USD 35.4 bilion (RM139.4 bilion) menjelang 2019. Namun, kerajaan hanya mampu memikul 40% daripada modal keseluruhannya, dan bakinya dipikul oleh perusahaan milik negara dan sektor swasta.
Dalam pada itu, Bappenas merancang membiayakan kira-kira USD25.8 bilion (RM101.6 bilion) untuk 34 buah projek pembinaan infrastruktur.
Serentak itu, jumlah penanaman modal asing dalam pembinaan prasarana Indonesia terutamanya dari perusahaan China semakin meningkat pada masa ini.