Cari:
Pameran Hasil LMC di Phnom Penh
2018-01-22 11:22:09 CRI Cetak

Pemeran Hasil Kerjasama Sungai Lancang-Mekong (LMC) telah berakhir di Phnom Penh, Kemboja kelmarin. Pameran yang terutamanya menunjukkan hasil penting yang dicapai sejak mekanisme LMC ditubuhkan itu telah menarik sebanyak 15 ribu pelawat antaranya termasuk pegawai, sarjana, pelajar dan penduduk tempatan negara itu.

Penasihat kerajaan Kemboja, Sok Siphana berkata, pameran ini telah membuka jendela kepada penduduk tempatan bagi mengetahui kaedah penggunaan sains dan teknologi canggih untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara anggota LMC. Katanya, sains dan teknologi yang terbukti digunakan dengan baik di China tersebut akan diimport ke Kemboja untuk digunakan dalam pembangunan negaranya ke arah kemodenan. Kerjasama LMC boleh membantu Kemboja mewujudkan lonjakan besar dalam pembangunan landasan kereta api, bandar pintar, bangunan yang moden dan tenaga boleh diperbaharui.

Jurucakap kerajaan Kemboja, Phay Siphan berharap lebih banyak penduduk Kemboja mengetahui mekanisme LMC dan hasilnya. Beliau menganggap negara-negara anggota LMC adalah negara membangun yang mempunyai sasaran dan kepentingan yang sama. China yang berhasrat ikhlas membantu negara-negara di rantau ini untuk mewujudkan pembangunan bersama, telah bersungguh-sungguh mengambil tindakan yang dilihat menggambarkan kemegahan negara gergasi ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China