Penduduk tempatan kini telah diarah berpindah ke kawasan selamat.
Kawah gunung berapi aktif yang berwarna merah terang itu disaksikan meluapkan abu dan asap yang setinggi 10 ribu meter pada waktu tengah hari itu.
Difahamkan, angkatan tentera dan pihak polis sedang membantu penduduk tempatan berpindah ke tempat selamat.
Semua sekolah di wilayah Albay kini telah ditutup. Penduduk di sekitarnya turut diarahkan memakai topeng jika perlu keluar untuk mengelakkan diri daripada menghisap asap gunung berapi yang terapung dalam udara.