Cari:
China Puji Manifestasi Menteri Pertahanan Indonesia dalam Isu Laut China Selatan
2018-01-23 11:21:21 CRI Cetak

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Negara Indonesia, Ryamizard Ryacudu telah mengucapkan terima kasih kepada China berikutan situasi di kawasan Laut China Selatan semakin reda. Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan semalam bahawa ini telah mencerminkan hasrat yang positif dan ikhlas China dan negara-negara ASEAN untuk bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan kawasan Laut China Selatan. China bersedia terus bersama-sama dengan pelbagai pihak terlibat komited kepada usaha memelihara keamanan, kemakmuran dan pembangunan di kawasan tersebut.

Menurut laporan berkenaan, Menteri Pertahanan Negara Indonesia, Ryamizard Ryacudu menyatakan bahawa mestilah kita kekalkan situasi di kawasan Laut China Selatan yang telah semakin reda itu agar memelihara kepentingan yang sama. Kita sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada China kerana mengambil sikap yang lebih terbuka dan hasrat memelihara situasi keselamatan Asia melalui kerjasama dengan pelbagai pihak.

Dalam sidang media semalam, Hua Chunying ketika membuat ulasan tentang perkara itu menyatakan bahawa memandangkan situasi Laut China Selatan yang stabil sekarang ini yang dilihat tidak mudah dapat, kepercayaan yang dibina antara China dengan negara-negara ASEAN amat bernilai. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak terlibat berdasarkan panduan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), berusaha menggalakkan rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan(COC) dan kerjasama maritim yang pragmatik. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak terlibat komited kepada usaha memelihara keamanan, kemakmuran dan pembangunan di kawasan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China