Cari:
Sri Lanka, Singapura Meterai FTA
2018-01-24 10:27:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sri Lanka dan Singapura menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) secara rasmi di Colombo, ibu negara Sri Lanka pada 23 Januari lalu.

Majlis pemeteraian FTA antara kedua-dua negara tersebut disaksikan oleh Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang sedang dalam rangka lawatan rasminya ke Colombo.

Jabatan Presiden Sri Lanka dalam kenyataannya berkata, pertukaran urus niaga Sri Lanka-Singapura dalam pelbagai sektor, termasuk teknologi telekomunikasi, harta tanah, perkhidmatan, pelancongan serta sumber tenaga dan logistik diyakin akan memanfaatkan perjanjian FTA tersebut.

Lawatan Lee Hsien Loong ke Colombo selama tiga hari kali ini dibuat atas undangan Sirisena.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China