Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Mattis yang sedang dalam lawatan ke Jakarta berkata semalam bahawa AS akan memperluas kerjasama dengan Indonesia yang cemerlang dalam sektor antikeganasan.
Mattis dalam sidang media yang diadakan bersama dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Ryamizard Ryacudu berkata, pasukan antikeganasan Indonesia menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam memerangi keganasan dan memelihara rakyat jelata daripada terdedah kepada ancaman keganasan dalam tempoh sedekad lalu. Katanya, keganasan merupakan cabaran penting yang dihadapi seluruh dunia, dan tidak dapat ditangani oleh sesebuah negara sahaja. AS dan Indonesia perlu meningkatkan kerjasama dalam bidang itu.
Selain itu, Mattis juga memuji kerjasama Indonesia, Malaysia dan Filipina dalam usaha memerangi keganasan.