Cari:
Thailand Diseru Belajar Pengalaman China Basmikan Kemiskinan
2018-01-25 13:08:05 CRI Cetak

Tiga orang bekas ahli Parlimen Thailand dari Parti Chart Thai Pattana, iaitu Paradon Prissanananthakul, Korawee Prissanananthakul dan Siripong Angkasakulkiat baru-baru ini bersama-sama menyeru agar kerajaan Thailand mengubahsuai program kebajikan negara, dengan membelajari pengalaman China dalam menghadapi dan membasmikan kemiskinan.

Menurut laporan akhbar "Matichon" Thailand, kerajaannya baru-baru ini telah mengeluarkan dasar kebajikan masyarakat yang melibatkan pemberian kad kebajikan sosial. Dengan adanya kad jenis itu, setiap orang miskin boleh mendapat wang bantuan sebanyak THB200 hingga 300 (kira-kira RM30) untuk setiap bulan.

Bagaimanapun, menurut tiga ahli Parlimen tersebut, kerajaan boleh menjalankan penyelidikan terhadap kalangan penduduk miskin berdasarkan bantuan daripada staf agensi sektor swasta supaya membantu kalangan penduduk miskin mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah. Mereka berpendapatan cara ini lebih efisien daripada hanya memberikan wang bantuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China