Cari:
Kursus Lisan Bahasa Mandarin untuk Ahli Parlimen Thailand
2018-01-25 14:30:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kursus latihan lisan bertutur bahasa Mandarin untuk Ahli Dewan Undangan Negara Thailand telah dibuka di Bangunan Parlimen Thailand pada 23 Januari lalu.

20 orang ahli parlimen Thailand turut mengikuti kursus ini.

Presiden Dewan Undangan Negara Thailand, Pornpech Wichitcholchai dalam majlis perasmian kursus tersebut berkata, bahasa Mandarin bakal menjadi bahasa dunia pada masa hadapan berikutan impak China semakin meningkat dalam persada antarabangsa. Kursus latihan kali ini pasti akan membantu para pelatih untuk menguasai bahasa Mandarin dengan fasih.

Duta Besar China ke Thailand, Lu Jian berkata, ahli parlimen Thailand mempraktikkan bahasa Mandarin semasa lawatan pertukaran antara Thailand dengan China semestinya dapat memajukan kerjasama dua hala di peringkat parlimen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China