Cari:
Tindakan Baharu Thailand, "Visa Pintar" 
2018-01-26 16:05:02 CRI Cetak

Kabinet Thailand mengesahkan satu rancangan baharu baru-baru ini, iaitu "visa pintar" yang mulai berkuatkuasa pada 1 Februari nanti. Tujuannya adalah menarik tenaga profesional negara asing dalam 4 jenis bagi membangunkan 10 industri keutamaan yang disasarkan oleh kerajaan Thailand.

Dimaklumkan, tenaga profesional yang diperlukan adalah, pekerja profesional teknologi tinggi yang berkhidmat dalam jabatan kerajaan Thailand, pelabur asing yang membawa pelaburan sebanyak BHT20 juta (RM2.5 juta) ke atas, pengurus yang berijazah sarjana muda atau lebih tinggi, dan mereka yang memulakan operasi perusahaan baru dalam industri keutamaan.

Tenaga asing yang mendapat "visa pintar" itu boleh tinggal di Thailand selama 4 tahun, dan layak menikmati dasar keutamaan yang lain.

Dimaklumkan, rancangan tersebut akan memperhebat daya saing bersepadu dan membantu pelaksanaan strategi "Thailand 4.0" yang dilihat selaras dengan inisiatif "Belt & Road" China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China