Cari:
Thailand Tarik Pelaburan Lebih THB640 Bilion
2018-01-26 10:50:50 CRI Cetak

Jumlah keseluruhan pelaburan syarikat dalam dan luar negara di Thailand telah mencatat lebih THB640 bilion (RM79 bilion) pada 2017, antaranya kawasan koridor ekonomi timur menarik pelaburan sebanyak kira-kira THB296.889 bilion yang menduduki 46% keseluruhan.

Demikian diumumkan dalam laporan Jawatankuasa Penggalakan Pelaburan Thailand dalam sidang Kabinet, menurut penolong Jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand, Taksada Sangkajan baru-baru ini.

Menurut laporan laman sesawang Mcot, Thailand, kebanyakan pelaburan asing pada 2017 berasal dari syarikat Jepun, Singapura, China, AS dan Belanda.

Ketua Jawatankuasa Tetap Bersama Industri, Perniagaan dan Perbankan Thailand, Kalin Sarasin menyatakan bahawa syarikat asing dari AS, China, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun dijangka akan terus menambah pelaburannya ke Thailand pada 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China