Pegawai Jabatan Pengawalan Sistem dan Mata Wang Pembayaran Bank Indonesia (BI) mengumumkan kelmarin bahawa kerajaan dan bank pusat menasihati rakyatnya jangan menggunakan Bitcoin dalam pembayaran, kerana tindakan itu melanggar undang-undang mata wang negaranya.
Pegawai tersebut menyatakan bahawa oleh sebab transaksi dengan menggunakan Bitcoin tanpa nama pembayar dan penerima yang amat berkemungkinan digunakan oleh kumpulan pengganas dalam usaha mengumpul dana dan menghalalkan wang yang haram.
Selain itu, Bitcoin yang kurang dipantau selalu mendatangkan kerugian kepada si pengguna.
Menurut statistik BI, Bitcoin pernah digunakan dalam kegiatan keganasan. BI pernah mendedahkan pada tahun lalu bahawa pihaknya mempertimbangkan untuk mengeluarkan dasar pemantauan yang lebih ketat antaraya termasuk melarang transaksi dengan menggunakan Bitcoin sejak tahun 2018.