Cari:
Perdagangan China-ASEAN USD514.8 B
2018-01-27 14:40:37 CRI Cetak

Menurut statistik Kementerian Perdagangan China semalam, jumlah perdagangan China dengan ASEAN mencatat USD514.8 bilion pada tahun 2017, meningkat 13.8% berbanding dengan tahun 2016. Kadar itu telah melebihi kadar peningkatan purata perdagangan luar China, dan menduduki tempat terdepan antara tiga rakan dagang terbesar China, iaitu Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN.

Pada tahun 2017, jumlah eksport China ke ASEAN mencecah USD279.1 bilion, meningkat 9%, manakala jumlah import China dari ASEAN mencatat USD235.7 bilion, meningkat 20%.

Antaranya, Vietnam, Malaysia dan Thailand menduduki tiga tangga teratas dalam jumlah perdagangan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China