Cari:
Kemboja: Pegawai Kastam Minta Tip akan Dihukum
2018-01-27 15:12:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tindakan pegawai kastam Kemboja yang meminta tip daripada pelancong asing akan dikenakan tindakan kerana tingkah laku akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Demikian dinyatakan oleh pegawai Kementerian Pelancongan Kemboja dalam sidang media sempena Forum Pelancongan ASEAN 2018 yang diadakan di Chiang Mai, Thailand pada 26 Januari lalu.

Pegawai itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pegawai kastam yang meminta tip daripada pelancong asing bagi mengelakkan gejala seperti itu daripada berlaku pada masa depan.

Sebelum ini, banyak pelancong China yang melawat Kemboja mengadu bahawa ada pegawai kastam meminta tip.

Menurut statistik, jumlah pelancong asing ke Kemboja mencecah 5.6 juta orang pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China