Pameran Karya Ahli Kaligrafi dan Pelukis Muda China telah dirasmikan di Pusat Kebudayaan China Bangkok Thailand pada 27 Januari lalu.
Puan Pan Peng, isteri Duta Besar China ke Thailand, Lyu Jian, ketika menyampaikan ucapan tahniah berkata, kaligrafi dan lukisan merupakan inti pati budaya tradisi China. Beliau berharap rakyat Thailand boleh memahami konotasi dan bentuk berimanya yang disampaikan melalui kaligrafi dan lukisan ketika menikmati karya-karya berkenaan.
Pada masa yang sama, China juga boleh menimba pengalaman yang baik kerajaan Thailand untuk memulihara dan mewarisi budaya tradisi negaranya.
Pameran yang dianjurkan bersama oleh Pusat Kebudayaan China Bangkok dan Institut Konfucius Universiti Khon Kaen (KKU) Thailand berlangsung hingga 5 Feb nanti.