Demikian dinyatakan oleh Penolong Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri China-Malaysia Qinzhou, Gao Pu baru-baru ini.
Gao memaklumkan bahawa setakat ini, taman perindustrian ini telah menarik penanaman modal dari lebih 90 buah projek. Industri bioteknologi, tenaga alternatif dan penjimatan tenaga merupakan tiga industri utama yang diperkenalkan kepada rantau ASEAN.
Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou mengadakan sidang promosi bersama "Dua Taman Dua Negara" China-Malaysia selama dua tahun berturut-turut.
Serentak itu, taman ini berusaha menggalakkan industri besi keluli, tembikar, bahan alternatif memasuki dan menanam modal di Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP), selain mengundang dan menarik penanaman modal industri-industri kelebihan negara-negara anggota ASEAN, termasuk sarang burung walet, makanan halal dan minyak sawit.