Forum Pelancongan ASEAN 2018 berakhir di Chiang Mai, Thailand pada 26 Januari lalu. Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Weerasak Kowsurat berkata, menteri-menteri pelancongan dari sepuluh negara ASEAN telah mencapai persepakatan untuk meningkatkan daya saing industri pelancongan keseluruhan ASEAN, sempena Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN yang diadakan pada 25 Januari lalu.
Beliau berkata, industri pelancongan ASEAN berpotensi besar. ASEAN sentiasa berusaha untuk membina ASEAN sebagai satu pasaran pelancongan tunggal yang bebas. Para menteri pelancongan bersetuju untuk meningkatkan integrasi industri pelancongan serantau, mengeratkan kerjasama, mempergiat pembinaan prasarana, dan membina pelancongan yang mempunyai ciri-ciri tempatan.
China dan empat negara bukan anggota ASEAN turut diundang menyertai forum pelancongan tersebut.