Cari:
Huang Xilian, Duta Besar China ke ASEAN
2018-01-30 14:21:54 CRI Cetak

Duta Besar China ke ASEAN yang baharu, Huang Xilian menyerahkan watilah pelantikannya kepada Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi di Jakarta semalam.

Huang menyatakan, kerajaan China mementingkan hubungan dengan ASEAN, dan melihat ASEAN sebagai keutamaan dalam hubungan luar, serta kawasan utama dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R). Hubungan China-ASEAN berkembang baik.

Tahun ini ulang tahun ke-15 hubungan rakan strategik China-ASEAN serta Tahun Inovasi China-ASEAN, hubungan medua-dua pihak menghadapi peluang perkembangan baharu. Untuk mempertingkatkan taraf hubungan rakan strategik China-ASEAN, kedua-dua pihak sedang menyusun "Wawasan 2030 Hubungan Rakan Strategik China-ASEAN" dan menyelaraskan rancangan pembangunan antara satu sama lain.

Huang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Lim dan pelbagai pihak ASEAN melaksanakan persepakatan yang sedia tercapai, mempertingkatkan hubungan China-ASEAN dan membina kominiti berkongsi nasib China-ASEAN.

Lim Jock Hoi mengucapkan tahniah kepada Huang Xilian dan menyatakan, China merupakan salah satu rakan dialog yang paling penting bagi ASEAN, dan juga rakan dagang terbesar bagi ASEAN. ASEAN mementingkan peranan China dalam menjaga keamanan dan kestabilan serantau, mendorong pembangunan dan kemakmuran serantau. ASEAN akan bekerjasama dengan China untuk meningkatkan rasa saling mempercayai politik, menyelaraskan strategi pembangunan, mempergiat hubungan ekonomi dan perdagangan, supaya memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China