Cari:
Brunei Umumkan Rombakan Kabinet
2018-01-31 13:12:34 CRI Cetak

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam mengumumkan rombakan kabinet dengan menggantikan banyak pegawai kanan.

Ketika berucap di Radio dan Televisyen Brunei, baginda berharap agar kerajaan baharu dapat menunaikan tanggungjawab bagi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dalam penggal perkhidmatan selama lima tahun. Walau bagaimanapun, sebab rombakan itu tidak didedahkan.

Dimaklumkan, 6 daripada 11 orang pegawai peringkat menteri digantikan, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua, Lim Jock Seng, dan Menteri Tenaga dan Industri, Mohammad Yasmin Umar. Selain itu, 4 daripada 9 timbalna menteri dipecat.

Penganalisis berpendapat, sebahagian pegawai termasuk Lim Jock Seng digantikan kerana usia lanjut. Selain itu, disebabkan ekonomi Brunei banyak bergantung pada industri petroleum dan gas asli, rombakan kali ini mendedahkan ketidakpuasan hati Sultan terhadap pegawai kabinet yang tidak berupaya dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China