Cari:
YICMG Berakhir di Laos
2018-01-31 15:12:04 CRI Cetak

Pertandingan Inovasi Belia untuk Pembangunan Kawasan Aliran Sungai Lancang-Mekong (YICMG) Ke-3 yang berlangsung selama 4 hari berakhir di Universiti Kebangsaan Laos semalam.

Naib Ketua Setiausaha Persatuan Pertukaran Kebudayaan Shanghai, Sun Jie dalam majlis penutup berkata, mahasiswa pelbagai negara mengemukakan cadangan bagi pembangunan kerjasama Lancang-Mekong dan menyumbang kebijakan dan idea bagi mencari jalan pembangunan mampan dengan kemakmuran ekonomi, kemajuan masyarakat dan kecantikan persekitaran.

Presiden Universiti Kebangsaan Laos, Dr. Somsy Gnophanxay berkata, ini merupakan kali pertama pertandingan YICMG diadakan di luar China. Beliau berasa gembira menjadi tuan rumah dan menghasilkan banyak pengalaman mengadakan pertandingan antarabangsa. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peserta atas prestasi mereka yang cemerlang.

Dimaklumkan, YICMG ke-4 akan diadakan di Kemboja pada Januari tahun 2019 dengan tema "Penggunaan, Pengeluaran dan Pembangunan Hijau" serta "Pembasmian Kemiskinan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China