Cari:
China Komited Galakkan Integrasi Ekonomi Serantau
2018-01-31 10:40:52 CRI Cetak

China sentiasa mementingkan rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan komited meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan pelbagai pihak termasuk Singapura supaya menyelesaikan rundingan ini secepat mungkin agar memberikan sumbangan bagi integrasi ekonomi serantau.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas kenyataan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Chan Chun Sing yang mengatakan perkara penting bagi ASEAN dan China pada tahun ini ialah menyelesaikan rundingan RCEP. Singapura menaruh harapan tinggi pada RCEP yang bakal menubuhkan standard lebih tinggi bagi sistem ekonomi dunia. Singapura menganggap China antara negara yang mampu menjayakan perkara ini kerana kerajaan pusat China dapat memastikan keuntungan diagihkan kepada pelbagai kawasan dengan seimbang.

Mengulas kenyataan Chan itu, Hua berkata bahawa RCEP antara rundingan perdagangan bebas yang paling penting di rantau Asia Pasifik. Ia akan menjadi kawasan perdagangan bebas yang melibatkan bilangan penduduk paling ramai, anggota paling banyak dan paling dinamik di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China